Thursday, 28 February 2013

SEJARAH PENTERJEMAHAN


SEJARAH PENTERJEMAHAN
3,000 SM: Batu bersurat 2 bahasa ditemui di Mesir (Zaman Mesir Tua).  Dengan  penemuan ini, sejarah penterjemahan bermula.
3 00 SM:   Orang Roman telah menterjemahkan bahan dalam bahasa Yunani (Greek) ke  bahasa Roman.
1100 M:    Pada abad ke 12, Tariq bin Ziyaid (Gibraltar) berjaya menakluki Sepanyol.
 • Lahir kerajaan Moor di Sepanyol.  Bahan bahasa Arab diterjemah ke 
   bahasa-bahasa Eropah.
 • Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek.
1100 M:  Abad ke-12: Diwujudkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol yang  bertujuan menterjemah idea Islam ke bahasa Greek (termasuklah Sains  Islam dan Falsafah Islam).
1522:  Martin Luther menterjemahkan kitab Injil ke bahasa Afrika.
1611:   Injil diterjemahkan ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.
1790:   Tyler berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah- olah karya itu karya asli.”
1923:   Benjamin menamakan terjemahan  yang dihasilkan sebagai penyalinan semula  (1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula).
1961:   Jumplet menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.
Contoh tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan harafiah (perkataan demi perkataan) : Noralis (1798), 
Goethe (1813/14),
Humbold (1816),
Schleievmacher (1813),
Schopenhaner (1851), 
Nietzsche (1882)

1900 –1990 :   Pemindahan teknologi memesatkan lagi proses terjemahan ke bahasa- bahasa:
 • negara miskin
    • negara sedang membangun
         • negara membangun
           Kegiatan penterjemahan ini penting kerana setiap negara mempunyai Bahasa  Kebangsaan sendiri.
1911:   Encyclopedia Britannica menyiarkan rencana menyatakan bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat.  Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional.  Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan.  Proses basmi penyelewengan terjemahan agar jujur dan tepat.
1948-1970:     UNESCO  mengeluarkan kenyataan terjemahan pesat berlaku 4 hingga 5 kali 
          ganda untuk 3 bidang:   • Pendidikan
         • Sains dan Sains Sosial
                      • Kebudayaan
1948-1970: Terjemah ke (UNESCO) :      • bahasa Inggeris (USA)
       • bahasa Jerman
       • bahasa Russia

1959 :     Tulisan kesusasteraan, falsafah, sains, perdagangan, diplomatik dan antara  bangsa dari     bahasa Latin dan Perancis telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.  Dari bahasa     Inggeris ini, tulisan tersebut diterjemahkan pula ke bahasa-bahasa  peribumi.
   Pada masa kini, buku-buku Bahasa Inggeris masih mendominasi buku-buku di IPTA. 
   Sesudah zaman penjajahan,penterjemahan menjadi sangat penting.  Bahasa penjajah diperturunkan kepada anak negeri tanah jajahan.
Badan Antarabangsa mula menubuhkan perdagangan antarabangsa, kemajuan  Sains dan Teknologi bercambah dan maju.  Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi, peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut.  Penterjemahan semakin mustahak.  Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan.

1967:   Kesatuan Ekonomi Eropah mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam  bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.
1972:   Spitzbart menyatakan 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.  Eropah  memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial.
PENDAPAT PARA SARJANA
Jacobson (1060,1966) dan Spitzer (1948) berpendapat: ‘Terjemahan untuk teks kesusasteraan mementingkan gaya bahasa agar seni dan apresiasinya kekal’.
Kade (1965,1968), Charles Morris (1972), Neubert (1968, 1922): ‘Teliti ayat demi ayat ketika menterjemah agar terjemahan itu lebih bermutu dan baik.’  Kedua-dua tokoh ini memperkenalkan Proses Penterjemahan Asas.
C.S. Peirce (1934): 
Pengasas Teori Terjemahan Makna yang mengatakan tafsiran makna itu bebas mengikut penafsirnya. Beliau memperkenalkan penafsiran budaya dan polimakna.  Contoh: snow (BI), potong (bahasa Melayu) dan cat (Afrika).
Savory 1957, Reiss 1971
Kata mereka terjemahan perlu memastikan isi teks untuk menghasilkan teks terjemahan yang baik dan bermutu tinggi;  ciri terjemahan bermutu ialah isi, makna dan budaya yang tepat.
Harris 1977, Vasquez 1977
Mereka memperkenalkan Panduan terjemahan yang dikenali sebagai Teori Cantuman.
Teori Cantuman ini menggabungkan pemikiran, makna, bahasa, budaya dan tatabahasa.  Terjemahan cantuman ini dikenali juga sebagai Terjemahan Menyeluruh atau Global.
Teori ini mengandungi proses:
a. Buat satu kerangka dasar sebagai panduan.
b. Atur dan susun untuk mudah menterjemah.
c. Menilai terjemahan.
d. Sempurnakannya.
Komissarov 1973

Memperkenalkan teori penterjemahan yang mengandungi 3 unsur: 
1.  Kaedah Maklumat (denotatif). Contoh: baginda (dalam masyarakat melayu 
panggilan untuk raja; maklumat ini membantu penterjemah menterjemah 
dengan tepat.
2. Kaedah Makna: menentukan makna itu tepat.
3. Kaedah Transformasi: mengubah makna global ke bahasa sasaran (hanya mengalihbahasakan sahaja, tidak kira sama ada tepat atau tidak; penyusunan semula, unsur makna).

Vinay dan Davbelnet 1976

Terdapat 7 tatacara penterjemahan:
1. Alih huruf atau bahasa.  Contoh dari bahasa Mandarin ke bahasa Melayu.
2. Pinjam terjemah. Contoh diksi radio kepada radio.
3. Terjemah harafiah (sepatah-sepatah / tidak sesuai untuk masa sekarang).
4. Penyusunan semula.
5. Pengubahsuaian.
6. Kesepadanan.
7. Penyempurnaan.

Harris 1977
Terjemahan ini boleh dipanggil Terjemahan Bersama (terjemahan modul yang panjang-panjang yang dibuat dalam kumpulan). Perkara kecil titik bengit, tidak diambil kira kerana kerangkanya global dan menyeluruh.  Panduan yang diberi: 
1. Ketahui tujuan teks
2. Tujuan penterjemahan (bacaan umum/semua orang atau khusus / misalnya kanak-kanak sahaja).
3.      a.   Sasaran (rasmi, formal,biasa, pentadbiran, slanga, dialek, iklan dan seumpamanya).
b. Emosi (mesra, selamba, komersial)
c. Aras (umum, perantara, teknikal)
d. Genre (Sains, bukan sains dll).
4.   Mutu teks (A,B,C,D).
Ainon Mohammad, E.A. Nida: 1973, 1976,1977
6 perkara penting Teori Terjemahan Dinamik
1. Penyalinan semula maklumat (kalau boleh menggunakan kata kunci untuk memahami dan menyalin semula maklumat).
2. Persamaan, bukan keserupaan (contoh: setiap negara mempunyai warna diraja; Malaysia warna kuning, England warna biru).
3. Persamaan yang sejadi (sesuai dengan budaya. Contoh: ‘Cantik seperti Cinderella’ lebih sesuai digunakan di Barat, sedangkan di Malaysia, ‘Cantik seperti Tun Teja’ lebih sesuai).
4. Persamaan terdekat
5. Keutamaan makna
6. Kepentingan gaya (mengikut laras: sastera, sukan, ekonomi, perubatan, dsb.).
Vinay & Darbuluet 1976
1.PinjamanPeniruan
...            }              Formal
2. Pengalihan / transposisiModulasi
Persamaan         }              Dinamik
Drs H. Anhari Basuki (Fakultas Sastera, Universiti Diponegoro, Semarang, Indonesia)
Terjemahan ialah usaha mengalihbahasakan sesuatu karya untuk memperoleh maklumat melalui bahasa sendiri.  Terjemahan mempunyai makna yang strategik sebagai media pendidikan untuk mencerdaskan bangsa dan meningkatkan peradaban umat manusia.

Peranan terjemahan Dalam Pembangunan Bangsa: Terjemahan ialah kegiatan mengalihkan fikiran konseptual yang ditulis oleh penulis bahasa sumber dengan segala gagasan dan pengalaman yang dapat menambah dan memperkaya budaya dan merangsang kemajuan peradaban bangsa (Sudhendra Yusof, 1994. Teori Terjemahan. Bandung: Penerbit Mandar Maju. Hlm 31). Kemajuan peradaban ini tidak saja diertikan sebagai upaya maksimum manusia untuk memenuhi keperluan sehari-hari dan kenyamanan hidup lainnya, tetapi juga mempunyai erti penyempurnaan ilmu dna pemikiran, kecerdasan, dan ketakwaan yang akan mengangkat kehidupan manusia ke darjat yang lebih tinggi.  Dengan hal demikian, suatu bangsa yang beradab ialah bangsa yang tidak hanya memperoleh kemakmuran dalam bidang kebendaan, tetapi juga yang memperkembang nilai intelektual dan spiritual.

Cara terjemahan sebagai upaya mendidik masyarakat: 
• Orang dapat memperoleh manfaat daripada bacaan karya terjemahan.
• Orang dapat menyerap maklumat dari luar; penggerak diri untuk berbuat lebih baik demi kepentingan orang   banyak.
• Mewujudkan keadaan yang lebih maju dan berkembang.

Kesimpulan:
1. Terjemahan dapat berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan dan peradaban manusia sebagai upaya pembangunan manusia seutuhnya.
2. Terjemahan   dapat dimanfaatkan sebagai alat pendidikan, baik pendidikan dakwah keagamaan mahupun pendidikan bangsa pada umumnya.
3. Terjemahan dapat juga menyesatkan . Hal ini dapat terjadi jika penterjemah tidak menguasai bahasa sumber.  Oleh itu penterjemah perlu menguasai bahasa sumber.
4. Terjemahan dalam erti transformasi konseptual dapat digunakan untuk memberikan makna kepada bunyi tertentu, seperti bunyi gamelan etc.

 Panduan oleh Etienne Dolet 1509-1546
1. Penterjemah mesti betul-betul faham kandungan maksud tulisan yang diterjemahkan.
2. Penterjemah mesti cekap berbahasa sumber dan berbahasa penerima / sasaran.

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD

• Institut ini diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad milik penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Malaysia pada 14 September 1993.
•  Khidmat profesionalisme bertaraf kompetitif:
 • Kursus penterjemahan sambilan dan sepenuh masa
 • Kursus pemindahan teknologi
 • Kursus sari kata filem
 • Kursus penterjemahan intensif
 • Khidmat jurubahasa
•  Sasaran: Penulis dan penterjemah yang belum mengalami latihan penterjemahan; lepasan kolej, diploma atau IPT.
•  Jangka masa kursus : 16 minggu
•  Kurikulum: Teori, Konsep Asas Penterjemahan, Aspek Semantik, Proses dan Prosedur Penterjemahan Dinamik, Penterjemahan dan Tafsiran, Pembentukan Istilah dan Sesi Amali.

•  Tujuan: Mempergiat dan memperluas pindah maklumat di semua peringkat profesionalisme, termasuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa ea rah sokongan penterjemahan yang lebih meluas dan kemas kini.

•  Alamat: Pengarah Urusan, 
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 
Tingkat 3, Wisma Pekerti, Lorong Ceylon, 
502000 Kuala Lumpur.

CONTOH-CONTOH TEKS TERJEMAHAN 
PELBAGAI LARAS BAHASA
Preface (Nida, Eugene A., 196x. Theory And Practice Of Translation’. Leiden: E.J. Brill). 
Prakata (Nida, Eugene A., 196x. Teori Dan Amali Penterjemahan.  Leiden: E.J. Brill). 
It is also a skill, and in the ultimate analysis fully satisfactory translation is always an art.
Penterjemahan juga merupakan satu kemahiran, dan jika dianalisis secara terperinci, terjemahan yang benar-benar memuaskan  itu selalu merupakan satu seni.
In this volume, the illustrative data a drawn primarily from the field of Bible translating.

Dalam naskhah ini, data yang ilustratif diambil berdasarkan penterjemahan Bible.
This reflects both the immediate concerns of those for whom the book has been specifically prepared and the background experience of the authors.
Ini memberikan kesan kepada pengguna sasaran buku ini, dan kepada pengalaman lalu para pengarang.
  Malaysia is capable of becoming a regional educational excellence with the support of the private sector.
Malaysia berkeupayaan menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau dengan adanya sokongan daripada sektor swasta.
The success achieved thus far has laid a strong foundation upon which the Seventh Malaysia Plan can be built.
Kejayaan yang dicapai setakat ini telah meletakkan ekonomi negara pada asas yang kukuh bagi memulakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh.

  Kuala Lumpur to the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) via Putrajaya which will provided with world class physical and information infrastructure.
Dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya, akan dilengkapi dengan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
Standing next to his mother, he greeted me with a sweet smile.  They hued in a modest little house, but I was greatly impressed with its spiritual air.
Berdiri di sebelah ibunya, dia mengalu-alukan saya dengan sebuah senyuman manis.  Mereka tinggal di sebuah rumah yang sederhana, tetapi saya amat terkesan dengan suasana spiritual yang menyelubungi.
I asked Alamul Huda’s father about his talented son.
Saya bertanya kepada bapa Alamul Huda tentang anak lelakinya yang berbakat itu. 
------
How could he manage to do this?
Beginning a year and a half ago, he memorized a pages or two of the Quran every day.  He learned the meaning, translation and the explanation of the words.
Bagaimanakah dia dapat melakukan hal ini?
Bermula setahun setengah yang lalu, dia menghafal satu atau dua muka surat Al-Quran pada setiap hari. Dia mempelajari makna, terjemahan dan tafsiran kata-kata itu.
Given the fact that the child was illiterate at the age of two, how could he read the Quran? 
After he had learned a verse or two, I began to teach him the Arabic alphabet; and when he learned how to pronounce Quranic words correctly, he went on memorizing the scripture on his own.
Berdasarkan fakta kanak-kanak yang berumur dua tahun belum pandai membaca, bagaimana caranya dia membaca Al-Quran?
Selepas ia mempelajari serangkap atau dua , saya mula mengajar dia huruf-huruf arab dan apabila dia sudah tahu sebutan perkataan Al-Quran dengan betul, dia pun menghafal ayat-ayat suci dengan sendirinya.
Was it your idea or his idea to learn the Quran by heart?
My son was born in a family that attaches great importance to reading the Quran; his mother and I have encouraged him all the more.
Adakah menghafal Al-Quran itu idea anda atau ideanya?
Anak saya dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pembacaan Quran. Saya dan ibunya memberi galakan kepadanya setiap masa.
Apart from knowing the Quran by heart, does he have other aptitudes?
Yes, he is also interested in learning Islamic law, Persian and Arabic prose and poetry.  He likes to argue about different subjects as far as his knowledge allows.
Selain menghafal Quran, apakah dia mempunyai kecenderungan lain?
Ya, dia juga berminat mempelajari perundangan Islam, prosa dan puisi Persia dan Arab. Dia gemar berdebat tentang pelbagai perkara sesuai dengan kemampuannya.
    In consonance with the emphasis on productivity –driven growth, effort will be taken to enhance the nation’s capability to adopt, adapt and improved imported technology as well as promote the development of indigenous technology.
Selaras dengan penekanan ke atas pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti, usaha akan diambil bagi meningkatkan keupayaan negara menggunakan, menyesuaikan dan mempertingkatkan teknologi, yang diimport serta menggalakkan pembangunan teknologi tempatan.
Appropriate policy and institutional reforms to foster stronger co-operation in technology development between industry, university and research institutions will be undertaken.
Dasar yang sesuai dan kerjasama yang erat antara industri, universiti dan institusi penyelidikan dalam pembangunan teknologi akan diusahakan.
This launching of the Seventh Plan also signals that only 25 years remain for us to attain our objective of becoming a developed country in our own mould by the year 2020.
Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh ini juga merupakan  petanda bahawa hanya 25  tahun lagi bagi kita untuk mencapai objektif negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita menjelang tahun 2020.
The development of the sector will focus on areas where we have a competitive edge and offers higher returns.
Pembangunan sektor tersebut akan menumpukan kepada bidang yang kita mempunyai kekurangan bersaing dan menawarkan pulangan yang tinggi.
Increasing The Utilisation of Ports and Shipping
Meningkatkan Penggunaan Pelabuhan dan Perkapalan Negara
The government has spent a total of RM 3.6 billion in the Sixth Malaysian Plan to encourage the use the nation’s ports by increasing the capacity and efficiency of Port Klang, Penang Port and Kuantan Port.
Kerajaan telah berbelanja sebanyak RM 3.6 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam untuk menggalakkan penggunaan pelabuhan dalam negara dengan meningkatkan keupayaan dan kecekapan pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan.


This is a very important day in your life.  You have made it and you have done many people proud.  But do not nest on your laurels.  Continue to excel for the sake of the ummah, the country and the world at large.  Congratulation and best wishes.

Ini ialah hari yang sangat bermakna dalam hidup anda.  Anda telah berjaya melakukannya dan membanggakan ramai orang.  Bagaimanapun, jangan berhenti setakat ini. Teruskan kecemerlangan demi ummah, negara dan dunia pada keseluruhannya.  Tahniah dan salam maju jaya.
Mohammad Hossein Tabatab’ie, an Iranian, is being hailed a ‘miracle child’. 
Mohammad Hossein Tabatab’ie, seorang warganegara Iran, dianggap sebagai seorang ‘kanak-kanak ajaib’.
He has memorized all of the 6,000 plus verses from the Holy Quran, Islam’s holiest book, as well as hundreds of sayings from the Prophet Muhammad (SAWA). 
Dia telah menghafal semua 6,000 lebih ayat-ayat dari al-Quran, kitab suci umat Islam, bahkan beratus-ratus hadis Nabi Muhammad (SAW).
Such children have been heard of before in Middle East, where they are known as hafiz, but he is unique. 
Kanak-kanak sepertinya telah banyak muncul di Timur Tengah, tempat mereka dikenali sebagai ‘hafiz’, tetapi dia ini unik. 
---------------
Blood and  pus splattered in the ground
Lives cut short by weapons made by man whose madness
Has left these broken skeletons amidst 
a field of flaming poppies begging to be held.

The living are on borrowed time, forlorn
Emaciated, bent, crippled, lamed, blind
The memory of war still lingers 
In bitterness and estrangement

Dari tanah, dari nanah yang punah di tanah
Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
Hasil manusia gila perang, membunuh mesra
Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita kering,
Bongkok cacat, tempang dan buta, 
Perang dalam kenangan penuh kengerian 
Sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian

We visit our Mother’s grave
In the silence of the morning mist
Fragrant by frangipani blossoms
Receiving us in Mother’s name.

We stand still in the quiet 
Amidst the wind tossed corner of lalang
Two wooden signs to mark
Where she is laid.

In remembrance we see
Her lovingly beholding us
Now in her pall
She claps her hands upon her chest

Mother’s pure lips 
Often kissed my forehead
Her love I can still feel
Separated as we are by a a graveful of earth

We erect a tomb of stone
Pull out the lalang
Murmur our prayers 
sprinkle the rose scented water

The frangipani bid us farewell 
As we leave the quiet cemetery
Rest in peace beloved mother
A humble believer now in God’s embrace

Kami mengunjungi pusara bona,
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi 
Lalang-lalang tegak berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meskipun jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan 
Tiada lagi lalang memanjang 
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan.

Tanjong Katong’s seas are blue,
Its bathing pools’s a virgin’s delight;
While near at hand I pine for you,
How much the more when out of sight!

Garner the rice frop at its height,
Lest it be withered are the morn;
Look well on me whilst in our sight,
Don’t love lorn be at tomorrow’s dawn.

If it’s grain, why, say it’s grain,
Do not let me winnow late;
If you want me, say it plain,
Do not let me sit and wait. 

Tanjong Katong airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita;
Sama sekampung lagi dirindu,
Inikan lagi jauh di mata.

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau padi kata padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Kalau jadi, kata jadi,
Tidak saya ternanti-nanti.

“Who teaches who?”
sneers the one with mustache.
The short one raises his brow.
“we graduated in America
she only in K.L.” 
“Siapa guru siapa?”
sergah yang bermisai.
Yang pendek mengangkat kening,
“Kami lulusan Amerika,
dia belajar di K.L saja.”
This picture of Kosovo:
A picture of war crime in Yugoslavia
Stuck to the month of Abanian refugees
Burned by the hands of Slobodan Milosevic
Who scorches the Balkan
Ignites the ancient fires of cruelty
Brutality
Violence 
Ini gambar Kosovo:
Gambar jenayah perang Yugoslavia
Melekat di mulut pelarian Abania
Terbakar di tangan Slobodan Milosevic
Yang membakar bumi Balkan
Merebak api kezaliman
Dalam nyala kekejaman
Memuncak keganasan


SEJARAH TERJEMAH AL-QUR’AN

"Dalam sejarah, penerjemahan al-Qur'an pertama kali dilakukan oleh ketua gereja Cluny, Petrus Agung Peter The Venerable asal Prancis pada tahun 1143 M. Dengan bantuan pendeta Robert Ketton asal Inggris dan Herman Dalmash dari Jerman, demi mendapatkan pengetahuan tentang al-Qur'an kitab umat Islam -yang pada zamannya menjadi agama yang berkembang pesat di Andalusia, Spayol- penerjemahan al-Qur'an kemudian ia lakukan. Terjemahan tersebut sekitar empat abad lamanya hanya dimilki oleh gereja untuk dipelajari dan tidak diizinkan dicetak diluar gereja dengan alasan sepaya umat Kristen tidak mempunyai kesempatan mempelajari al-Qur'an terjemahan tersebut, hingga tidak aka ada penganut Kristen yang murtad dari agamanya.Pertengahan Abad 16 tahun 1543, di bawah pengawasan seorang Swiss bernama Teidoor, terjemahan ini kemudian dicetak. Tahun 1550 untuk kedua kalinya dicetak dalam tiga jilid. Meskipun mengandung kesalahan penerjemahan dan kekeliruan tidak sedikit, tapi kehausan bangsa Eropa untuk mempelajari kitab suci kaum Muslim disamping ketakutan serta kekhawatiran melakukan penerjemahan terhadap kitab mereka bila kemudian menyebar di tengah-tengah masyarakat non-Muslim, karya Petrus ini bukan hanya diterima di tengah bangsa Eropa, lebih dari itu, menjadi referensi terjemahan al-Qur'an untuk bahasa-bahasa Latin lain seperti Italia, Jerman dan Belanda."
 Qur'an Karim, adalah satu-satunya kitab langit yang tidak mengalami perubahan. Bagi umat Islam merupakan dasar hukum dan nilai sekaligus sumber keilmuan dalam agama ini. Al-Qur'an yang telah meletakkan batu bangunan peradaban kurang lebih seper empat penduduk bumi yang mayoritas di daerah timur. Bagi barat, tentu saja pintu masuk untuk memahami pemikiran umat Islam adalah mengetahui kitab suci agama Islam ini.
 Atas dasar inilah, secara dini barat kemudian dengan keteguhan keras melakukan usaha penerjemahan melalui gelombang yang dikenal dengan Istisyraq (Westernisasi)[1] dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin. Tulisan akan mencoba mengulas usaha tersebut.

SEJARAH SINGKAT PENERJEMAHAN AL-QUR'AN

 Dalam sejarah, penerjemahan al-Qur'an pertama kali dilakukan oleh ketua gereja Cluny, Petrus Agung Peter The Venerable asal Prancis pada tahun 1143 M.
 Dengan bantuan pendeta Robert Ketton asal Inggris dan Herman Dalmash dari Jerman, demi mendapatkan pengetahuan tentang al-Qur'an kitab umat Islam -yang pada zamannya menjadi agama yang berkembang pesat di Andalusia, Spayol- penerjemahan al-Qur'an kemudian ia lakukan. Terjemahan tersebut sekitar empat abad lamanya hanya dimilki oleh gereja untuk dipelajari dan tidak diizinkan dicetak diluar gereja dengan alasan sepaya umat Kristen tidak mempunyai kesempatan mempelajari al-Qur'an terjemahan tersebut, hingga tidak aka ada penganut Kristen yang murtad dari agamanya.
 Pertengahan Abad 16 tahun 1543, di bawah pengawasan seorang Swiss bernama Teidoor, terjemahan ini kemudian dicetak. Tahun 1550 untuk kedua kalinya dicetak dalam tiga jilid. Meskipun mengandung kesalahan penerjemahan dan kekeliruan tidak sedikit,[2] tapi kehausan bangsa Eropa untuk mempelajari kitab suci kaum Muslim disamping ketakutan serta kekhawatiran melakukan penerjemahan terhadap kitab mereka bila kemudian menyebar di tengah-tengah masyarakat non-Muslim, karya Petrus ini bukan hanya diterima di tengah bangsa Eropa, lebih dari itu, menjadi referensi terjemahan al-Qur'an untuk bahasa-bahasa Latin lain seperti Italia, Jerman dan Belanda.[3]

PENERJEMAHAN AL-QUR'AN

 Melalui terjemahan Petrus inilah kemudian, barat melakukan alih bahasa ke beberapa bahasa Latin, di antaranya;

1. Terjemahan ke bahasa Latin

 Bahasa Latin adalah induk bagi bahasa Eropa. Penerjemahan al-Qur'an untuk pertama kali ke dalam bahasa ini dilakukan pada abad 12 M oleh Gereja Kalony (Pitter Venerable) dan dicetak pada tahun 1543. Penerjemahan lain dilakukan oleh Hankelmann pada tahun 1594, juga oleh Marracci dengan mencetaknya langsung.
 Penerjemahan al-Qur'an paling masyhur dalam bahasa Latin adalah milik Marracci dan pendeta Inveknitus XI dengan menyertakan teks Arab, mengulas panjang sekaligus menulis ulasan penolakan terhadap Islam tahun 1691, pada tahun 1697 dicetak di Eropa.[4]

2. Terjemahan ke Bahasa Inggris

 Dari tahun 1649 sampai tahun 1970, lebih dari 295 terjemahan sempurna dan 131 terjemahan terpencar atau pimilihan-pilihan dari al-Qur'an dilakukan ke dalam bahasa Inggris.
 Disebabkan memiliki beberapa keistimewaan, beberapa terjemahan ini dicetak beberapa kali dan puncaknya adalah terjemahan milik George Sale. Sebagaimana penuturan Dr. Ramyare, terjemahan ini sudah dicetak sebanyak 35 kali. Sedangkan dalam Inseklopedia Dunia Penerjemahan al-Qur'an, karya George Sale ini telah dicetak ulang sebanyak 105 kali.[5]

3. Terjemahan ke Bahasa Jerman

 Gereja Noremberg (Salamon Schwigger) adalah yang pertama kali melakukan penerjemahan ke dalam bahasa Jerman dari terjemahan bahasa Italia, dengan sampul bertuliskan "al-Coranus Mohomedus" (Qur'an Muhammad) dan dicetak pada tahun 1616. Meskipun sering kali para penerbit atau yang berniat menerbitkan terjemahan ini seluruhnya mengalami penderitaan menjelang kematian, tapi pada tahun 1623, 1659 dan tahun 1664 terus dicetak dalam wajah baru.
 Pada tahun 1708 terjemahan baru al-Qur'an dilakukan oleh Joeseph Won Hammer. Terjemahan al-Qur'an yang paling bagus dan paling teliti dalam bahasa Jerman adalah miliki Rudy Fart dan telah dicetak dalam edisi revisi sebanyak 16 kali. Sampai sekarang sebanyak 43 terjemahan telah dilakukan ke dalam bahasa Jerman.[6]

4. Terjemahan Bahasa Prancis

 Penerjemahan al-Qur'an ke dalam Prancis dilakukan pertama kali oleh Andre Derwiah pada tahun 1647 yang sebelumnya tinggal lama di Istambul dan Mesir dengan penguasaan terhadap bahasa Arab secara baik. Judul terjemahannya diberi nama "Qur'an Muhammad" dan dicetak di Paris. Sampai tahun 1775 terjemahan ini telah dicetak ulang sebanyak 20 kali dan memiliki introduksi yang berjudul Sekilas Tentang Mazhab-mazhab Bangsa Turki.
 Termasuk dalam catatan terjemahan yang paling bagus adalah milik C. Savari, dicetak di Paris pada tahun 1750 dan 1788 sebanyak 28 kali. Yang terbaru adalah terjemahan yang dilakukan oleh salah seorang ahli budaya dan bahasa Arab dan dosen kawakan universitas Prancis yang menyertakan penjelasan dan ulasan terhadap karyanya, dicetak pada tahun 1990. [7]

BEBERAPA TOKOH DAN KARYA PENTING

 Penyusunan kumpulan peneliti al-Qur'an barat yang memuat tokoh-tokoh penting Westerian juga orang timur non-Muslim dan karya-karya mereka, telah dilakukan dengan giat oleh pusat-pusat reseach Hauzah dan universitas di Republik Islam Iran, berikut ini kami ketengahkan tokoh dan karya penting mereka sesuai dengan urutan tahun.

a. Gustav Flugel (1802-1870)

 Penulis berkebangsaan Jerman ini memiliki dari 20 karya seputar agama Islam, Sastra dan ilmu-ilmu mengenai bahasa Arab. Paling terkenalnya adalah Nujum al-Qur'an fi Atraf al-Qur'an, ditulis pada tahun 1842 di kota Leibzigh. Ulama-ulama universitas al-Azhar memberikan perhatian besar terhadap karya ini, mereka kemudian menunjuk Fuad Muhammad Abdul Baqi untuk menerjemahkan karya Flugel ke dalam bahasa Arab yang kemudian diberi nama al-Mu'jam al-Mufahraz Li al-Fadz al-Qur'an.[8]
 Jules Labum bisa dikategorikan sebagai penerjemahan dan peneliti al-Qur'an penting yang sezaman dengan Flugel dan Edward Moonitea. Juga dengan usul dan sponsor pihak al-Azhar, karyanya kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dengan judul Tafsil Ayat al-Qur'an al-Karim.[9]

c. Theodor Noldeke (1836-1931)

 Dikenal sebagai bapak Mustasyriqun dan peneliti Islam barat, Ia juga adalah pendiri ilmu Sejarah al-Qur'an dalam kalangan Weasterian.
 Theodor pada umur 20 tahun di awal Doktoralnya menulis Sejarah al-Qur'an dan setelah 10 tahun, ia melanjutkan penelitian lebih dalam terhadap tulisannya tersebut. Karya terpenting Theodor yang sekaligus menjadi referensi peneliti setelahnya adalah Geschicte des Qorans. Disayangkan, setelah berlalu 170 tahun sampai sekarang buku ini belum diterjemahkan ke dalam bahasa arab.[10]

d. Ignaz Goldziher (1850-1921)

 Karya terpentingnya adalah Metodologi Tafsir al-Qur'an. karena bukunya ini juga, kalangan Westerian kemudian menobatkannya sebagai Pounding Father Metodologi Tafsir al-Qur'an.
 Buku ini diterjemahkan dua kali oleh Dr. Ali Hasan Abdul Kadir dengan judul al-Mazahib al-Islamiyah fi Tafsir al-Qur'an dan oleh Dr. Abdul Halim Bakhar dengan judul Mazahib at-Tafsir al-Islamy.[11]

c. Regis Blachere (1990-1973)

 Tokoh kelahiran Paris ini, bersama ayahnya hijrah ke Aljazair dan Maroko yang ketika itu dalam wilayah jajahan Prancis, di kedua Negara ini jugalah ia mempelajari bahasa Arab dan ilmu-ilmu keislaman. Ia memiliki banyak karya dalam sastra Arab dan Islam, di antara yang paling penting adalah;

1. Dar Astaneh Qur'an

 Diterjemahkan oleh Dr. Mahmud Ramyar. Dalam bukunya ini, Ia mengkritik matodologi tafsir al-Qur'an, kelemahan Westerian dalam memahami al-Qur'an. Selain itu, bukunya yang menertibkan al-Qur'an sesuai dengan susunan turunnya, adalah karyanya yang penting.

2. Dar Amadiy-e bar Qur'an

 Diterjemahkan oleh Dr. Asadullah Mubassyri. Terdiri dalam pembahasan sejarah singkat bacaan-bacaan Qur'an, sejarah hidup Rasululla periode Makkah, tafsir dan mufassirun dll.

d. Artor Jeffri (Awal Abad ke 20)

 Seorang guru universitas Amerika di Beirut dan universitas Kairo. Tokoh ini juga memeliki sejumlah karya tentang Islam dan Qur'an, yang terpenting di antaranya;

 1. The Foreign Vocabulary of The Qur'an, dicetak pada tahun 1938, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Persia dengan judul Wachehay-e dakhily dar Qur'an oleh Dr. Faridun Badreh'ie. Dalam bukunya ini, Jeffri menyebutkan sebanyak 375 istilah non-Arab yang terdapat dalam al-Qur'an. sehingga -masih menurutnya- Muhammad kesulitan dalam memilih bahasa sehingga harus mengadopsi bahasa asing, dan ini telah menyebabkan kebanyakan sahabat kesulitan.

 2. Koreksi atas kitab al-Mashahib karya Sajistany untuk kali pertama. Buku ini kemudian menjadi buku panduan untuk para mahasiswanya.[12]

e. Motogomery Watt (1909)

 Ia mendapat gelar Doktoralnya di bidang filsafat dengan desertasi Jabr dan Ikhtiar dalam Islam. Setelah itu, ia kemudian aktif dalam meneliti Islam dan Qur'an bekerjasama dengan gereja Protestan Inggris. Pernah juga menjadi ketua badan reseach al-Qur'an di universitas London.
 Di antara tulisan Watt yang penting adalah;

1. Introduksi untuk alQur'an

 Lain dari Westerian yang lain, dalam bukunya ini, Watt mengkritik nabi Muhammad lebih ilmiah dan menjauhi bahasa celaan pedas sebagaimana yang dilakukan kelompoknya.
 Karnyanya yang lain; Muhammad pada periode Makkah, Muhammad pada periode Madinah, Muhammad, Nabi dan Pemimpin, Wahyu Islam dalam Era Modern.[13]

f. Toshihiko Izutshu (1914)

 Profesor kelahiran Tokyo Jepang ini, setelah mengenal baik bahasa Arab, ia kemudian mulai meneliti buku-buku menyangkut Islam, universitas Mac Gill kemudian memanggilnya untuk mengajar.
 Izutshu, melalui kerjasama dengan Dr. Mahdi Muhaqqiq, silsilah pengetahuan sekitar Iran ia telusuri. Karya-karyanya yang terpenting adalah;
 1. Menerjemahkan al-Qur'an pertama kali ke dalam bahasa Jepang
 2. Tuhan dan Manusia dalam al-Qur'an, diterjemahkan oleh Ahmad Aram
 3. Akhlak dalam al-Qur'an, diterjemahkan oleh Faridun Badreh'ie[14]

g. Aro Rippin (1950)

 Salah satu dari peneliti Islam dan al-Qur'an ini adalah kelahiran London, ia lulusan fakultas ma'arif ad-Din universitas Toronto, sedang gelar master-nya ia raih di universitas Mac Gill jurusan Ilmu Islam. Paparan tesisnya tahun 1977 berjudul Istilahat al-Mutaradif wa Ma'aniha fi al-Qur'an memuai pujian sebagaimana desertasi doktoralnya tahun 1981 berjudul Mutun asbab Nuzul al-Qur'an.
 Rippin, menjadi salah seorang anggota Akademi Agama di Kanada dan Amerika, Komunitas penelitian Timut-tengah di Inggris dan guru di universitas Michigan, dan universitas Victoria Kanada.
 Ia telah menulis puluhan makalah dalam bidang Qur'an, Ensiklopedia agama dan Injil serta puluhan lainnya seputar agama Islam.[15]

APAKAH TUJUAN DAN PENERJEMAHAN INI?

 Tentu dengan menghindari penghukuman universal terhadap oknum dan usaha-usaha yang telah dilakukan, melainkan kami akan menukil beberapa komentar dari tujuan tersebut yang mayoritas penerjemahan al-Qur'an yang telah dilakukan barat adalah 'pesanan' dengan gereja atau penguasa Negara-negara Barat sebagai sponsorshifnya.
 Setidaknya dengan mengemukakan pengakuan-pengakuan dari mereka sendiri, tujuan-tujuan penerjemahn tersebut akan kita ketahui.

 1. Abraham Hanclemann (1652-1692); seorang pendeta di Hamburg. Di mana setelah pelarang penerjemahan al-Qur'an pada tahun 1655 sampai 1667 oleh Kardinal Iskandiria, Ia menerjemahkan redaksi al-Qur'an tanpa menyertakan penjelasan apapun.
 Maksud dari usahanya ini -yang tentu saja memuai banyak protes- Ia ungkapkan demikian; "penyebaran kitab (terjemahan) ini sama sekali bukan karena tendensi agamis, melainkan hanya sekedar mempelajari bahasa Aran, selain itu, titik-titik kelemahan al-Qur'an melalui media terjemahan ini dapat kita ungkap".[16]

 2. Ledwig Figoo Morates; pada tahun 1698 menerjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin dengan mukadimah tujuan dan catatan kaki bahwa usaha itu dilakukan untuk kepentingan agama Kristen. Ia menulis: "keseluruhan dari tujuan penerjemahan dan penyebaran terjemahan ini adalah sebuah gerakan anti Islam dan defensif untuk kepentingan agama (Kristen) Katolik".[17]

 3. Petrus Agung; yang melakukan penerjemahan ke dalam bahasa Latin pada abad 12, menulis rahasia usahanya sebagai berikut; "….agama Islam merupakan bid'ah untuk agama Kristen, tapi yang terpenting dan paling berbahaya dari Islam harus dihapuskan. Bila aku ditanya; "penerjemahan ini tidak ada manfaatnya, sebab sedikitpun tidak akan merugikan Islam dan umatnya!" Aku akan menjawaq; "Meski dengan penerjemahan tersebut kita tidak akan bisa mengembalikan umat Islam ke dalam agama Kristen, minimal ulama Kristen mampu mengungkap kelemahan al-Qur'an, akan memperkuat iman umat Kristen menghadapi dakwah agama Islam, dan al-Qur'an yang tidak memiliki keistimewaan apa-apa tidak akan mampu mengubah akidah mereka (umat Kristen).[18]

 Walhasil, sebab tujuan utama Petrus dalam penerjemahan ini adalah untuk mengetahui dan mengungkap kelemahan al-Qur'an sekaligus menyiapkan penyerangan. Selain itu, pada tahun 1143 sekembalinya dari Spanyol, ia menulis buku anti Islam, dengan inti sebagai berikut; membuktikan ketiadaan perubahan dalam Taurat dan Injil, penyerangan terhadap nabi Muhammad, membuktikan ketiadaan mukjizat nabi dan kebid'ahan Islam.[19]
 Sayang memang, barat terlalu sering mengenakan topeng. Buntungnya, umat Islam bukan hanya terkesan keasyikan dengan tarian-tarian barat, mereka malah tidak mau sadar, bahwa yang ditampilkan adalah topeng, sebuah dagelan pembodohan sedang diperankan. Menyedihkan memang, umat islam sudah terbiasa dibodohi dan menerima pembodohan itu sebagai kebenaran. [www.telagahikmah.org]

 ________________________________________
 [1] . "Istilah ini lebih banyak dicuragai sebagai usaha kaum western untuk mempelajari Islam dan peradaban timur dengan tujuan menyerang dan mencari kelemahan kedua objek mereka ini." Lih. Ensiklopedia pengetahuan agama, Huruf Sya
 [2] . Misalnya, dalam menerjemahkan ayat 3 Surah Humamazah Yahsabu Anna Malahu Akhladahu diterjemahkan dengan Harta mereka akan mengekalkan mereka. Dengan kesalahan terjemahan kata Yahsabu.
http://www.imanjama.org/:sejarah-terjemah-al-quran

No comments:

Post a Comment